KURSUS DIGITAL MARKETING WORKSHOP BY SFK 2018
Assalammua'alaikum wrh
Kami mengadakan kursus pengurusan pemasaran yang dipanggil Digital Marketing Workshop yang dikelolakan oleh Ust Khairul Ariffin Elyas atau lebih dikenali sebagai Sifu Khairul pada 9hb November 2018 hingga 11hb November 2018 pada jam 830 pagi hingga 5 petang bertempat di Meeting Room 1, Level 4, Rizqun International Hotel.
Kursus ini membincangkan tentang cara penggunaan pemasaran bisnes dengan menggunakan teknologi seperti sociamed khususnya Facebook, Instagram dan Whatsapp. Pada masa kini, penggunaan sociamed sangat berleluasa terutamanya di kalangan remaja dan dewasa. Perkara ini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengusaha-pengusaha bisnes yang ingin memajukan perniagaan mereka dan ingin perniagaan diketahui oleh orang ramai.
Antara isi kandungan kursus yang disampaikan oleh SFK ialah penggunaan Facebook Ads, Penggunaan Canvas dalam Facebook, Manychat dan Skill dapatkan audience.
Seramai 10 orang peserta yang mengikuti kursus ini. Latar belakang peserta-peserta ini adalah pelbagai bidang iaitu dari bidang pendidikan, bidang perubatan dan bidang Tekstil. Ada antara peserta baru pernah mengetahui cara penggunaan iklan dalam sociamed. Bahkan, setelah hari pertama kursus, mereka menerima banyak maklum balas dalam sehari.
![]() |
| SFK sedang membantu salah seorang peserta bagi lebih memahami cara penggunaan Digital Marketing |
![]() |
| Suasana Kursus Digital Marketing Workshop Hari ke dua |
Jamuan turut disediakan para peserta dan AJK kursus. Tempat diadakan kursus ini sangat selesa dan makanan yang dihidangkan sangat menyelerakan. Bahkan jamuan ringan turut dihidangkan sepanjang kursus diadakan bagi memudahkan para peserta untuk minum minuman air panas.
Testimoni dari salah seorang peserta, Puan Atikah dari Syarikat Khairo Ummah Enterprise yang mengusahakan Bekam mengatakan bahawa,
"Alhamdulillah selepas menghadiri kursus ni saya menerima ramai text dari pelanggan baru. Kebiasaannya saya hanya menerima 2 atau 3 text saja dari pelanggan baru dalam sehari tapi selepas kursus ni saya menerima lebih 20 text dari pelanggan baru yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang bekam. Alhamdulillah 'alaa kulli haal & Jazaakumullahu khairan kerana mengadakan bengkel yang amat sangat bermanfaat ni."
Alhamdulillah atas testimoni positif beliau mengenai kursus ini. Harapan kami moga-moga para peserta dapat mempelajari banyak ilmu yang telah dikongsikan oleh SFK selama tiga hari ini.
















Comments
Post a Comment